MENGENALI KAMERA DSLR

Kamera Digital Single-Lens Reflex (DSLR) telah menjadi begitu popular kebelakangan ini. Kita boleh perhatikan bahawa ramai orang memiliki ‘kamera hitam besar’ ini. Secara tak langsung, minat terhadap fotografi meningkat sejak DSLR diperkenalkan di awal abad millenium.

Sebelum DSLR, kamera Single-Lens Reflex (SLR) yang menggunakan medium filem digunakan oleh fotografer. Saya sendiri sempat menggunakan kamera SLR jenis Canon EOS300. Untuk seseorang yang hendak belajar sendiri, menggunakan medium filem adalah sangat sukar kerana susah untuk cuba-jaya. Jadinya, lebih mudah jika pergi belajar di dalam kelas dengan tunjuk ajar seorang guru.

DSLR membolehkan pembelajaran fotografi menjadi lebih mudah dan cepat. Proses membuat eksperimentasi dengan setting yang berlainan juga lebih mengujakan kerana hasilnya boleh dilihat secara ‘instant’.

PRINSIPAL DSLR


1. 4 element lens 2. reflex mirror 3. focal plane shutter 4. sensor 5. matte focusing screen 6. condenser lens 7. pentaprism 8. eyepiece

Kamera single-lens reflex menggunakan cermin untuk memaparkan di dalam viewfinder imej yang akan dirakamkan nanti. Rujuk kepada ilustrasi di atas, imej dirakam apabila cahaya masuk melalui lens (1), kemudiannya dipantulkan oleh reflex mirror (2) pada kedudukan tepat 45o dan seterusnya dipancarkan ke atas matte focusing place (5). Fotografer akan dapat melihat imej yang akan dirakam melalui eyepiece (8) setelah cahaya melalui condenser lens (6) dan pentaprism (7). Rakaman imej hanya akan berlaku apabila fotografer menekan butang shutter untuk membuka focal plane shutter (3) supaya sensor akan dapat merakamkan imej tersebut.

JENIS / JENAMA DSLR

Soalan yang lazim ditanyakan ialah jenama manakah yang lebih baik untuk dimiliki? Kalau ditanyakan kepada saya, secara peribadi jawapan saya ialah “tak kisah jenama mana…bergantung kepada tukang ambil gambar”. Tetapi, saya akan sarankan jenama yang banyak digunakan di sini contohnya Canon atau Nikon (atau mungkin juga Sony).

Sememangnya, setiap jenama mempunyai kelebihan masing-masing daripada segi teknologinya. Pengetahuan tentang teknologi kamera memerlukan pemahaman melalui pembacaan yang banyak.

Kebanyakan DSLR adalah jenis Cropped Sensor dan satu lagi jenis ialah Full-Frame Sensor. Canon 5D, Canon 1D, Nikon D700, Nikon D3 dan Sony A850 adalah contoh kamera yang mempunyai full-frame sensor. Kita akan bincangkan tentang perbezaan sensor ini.
Kini, DSLR juga dilengkapi dengan fungsi Live View dan juga kebolehan merakam video HD. Gabungan lensa yang baik dengan kebolehan merakam video Full-HD seperti Canon 5D Mark II membolehkan produksi video menjadi lebih menarik.

Kesimpulannya, kenali kamera anda. Nasihat yang saya selalu berikan kepada yang baru beli kamera ialah “baca buku manual kamera”. Seperti ramai fotografer berpengalaman selalu katakan – kamera hanyalah alat untuk merakam imej, cantik atau tidak rakaman tersebut bergantung kepada kemahiran orang dibelakang kamera tersebut.

0 comments:

Catat Ulasan

thanksz responded it !
see ya !

EXCHANGE LINK

Dikuasakan oleh Blogger.

OTHERS CONTACT LINK

CLICK AT LINK KAYH ! !

YM
triplesic_999

myspace

tagged

friendster

facebook


YAHOO MESSENGER




* triplesic_999@yahoo.com *

My Followers

COLLAGE

Halaman

Blog Archive

POPULAR POSTS

GILE - GILE

Hujan - Ke Selatan (2012)