Hari raya hari raya

Assalammualaikum, 

Ape celop semua? Macam mana dengan raya? Seronok lah ye beraya setelah sebulan berpuasa. Yang tak berpuasa penuh, tak berterawikh, tak bayar zakat, jangan nak seronok sangat raya lah yer .. Hahahaha. 

Tahun ni macam biasa seperti tahun2 yang dahulu, persiapan aku dengan keluarga secara bersederhana. Cukup lah semuanya, yang penting kami gembira. 

Selamat hari raya buat korang semua, moga berbahagia di hari raya. 

PEACE YAWW ! 



Setelah sekian lama . .

Assalammualaikum

lama rasanya aku tak update blog aku ni, 
busy dengan macam-macam hal yang aku uruskan sekarang.
In Sya Allah masa akan datang aku update sket2 . 
test taip jek ni. hehehee

EDA + ROJAK

Saya Ada DSLR. Adakah Saya Seorang Jurufoto?


============= Simple Q&A Session ============= 



"Saya ada kamera DSLR, adakah saya seorang photographer?"
Hanya sekadar memiliki kamera, belum menjadikan anda seorang photographer.
Anda perlu mengambil gambar, barulah anda layak digelar jurufoto/photographer, kerana photographer ialah insan yg mengambil gambar, bukan insan yg memiliki kamera.

"Kawan saya ada kamera kompak je, tapi dia gelarkan diri dia photographer. Layak ke?"
Layak, as long as dia guna kamera tu utk amek gambar, bukan utk disimpan semata-mata.

"Saya tergolong dlm kategori amateur atau professional?"
Depends. Jika anda buat duit dgn kamera atau photography skill anda, maka anda dianggap sbg jurufoto professional. Dan begitulah sebaliknya.

"Bagaimana mengenal status seseorang jurufoto tu sama ada mereka amateur, hobbyist, beginner atau professional?"
Usually by looking or judging alone, kita takkan tau mereka tu kategori mana. Dan kategori sebegini bukan dinilai berdasarkan model kamera yg digantung di leher mereka. Kalau nak tau, silalah add facebook mereka dan berkenalan, baru tau dia amateur ke professional ke.

"Dia ada kamera mahal tapi gambar dia biasa-biasa je. Layak ke dia dpt gelaran photographer?"
Layak. Setiap insan yg mengambil gambar, technically adalah photographer. Kemudian barulah dinilai drpd hasil kerja. Kalau gambar dia biasa-biasa, mungkin dia masih newbie atau amateur, iaitu insan yg baru belajar, namun dia tetap seorang jurufoto, walaupun dia pakai Canon 1Dx/Nikon D4.

"Dia cakap dia landscape photographer, tapi dia shoot wedding jugak. So dia tu wedding ke landscape photographer?"
Usually ditentukan oleh major genre yg dia shoot. Takkan la dia takleh shoot jugak genre-genre lain? Biar la, tu kamera dia.

=========================================


Kesimpulan


Jika anda tertanya-tanya anda terletak dlm kategori mana, sama ada newbie, amateur, beginner atau professional, tanya diri anda sendiri, sedalam mana pengetahuan anda dlm photography?

Kalau baru je kenal ISO misalnya, rasa-rasa layakkah anda meletakkan status CEO at xxxPhotography pada Info Facebook anda?

Jgn nak judge org lain sangat. By looking at them alone, even after having a brief conversation with them, kita belum tentu dpt tau dalam mana ilmu mereka psl photographer.

So, daripada buang masa sibuk menilai org lain sama ada mereka tu professional photographer atau sekadar show-off, better ambil masa tu utk nilai diri sendiri.

Sekian

Laptop Tak Detect Wireless UNIFI? Di sini penyelesaiannya.




Baru-baru ni laptop aku secara tiba-tiba tidak dapat detect wireless unifi. Yang pelik nye wireless unifi jiran-jiran rumah sebelah dapat pulak di detect. Wireless rumah sendiri tak boleh.

Hampir 2 hari aku mengalami kebuntuan yang melampau. Haha. Yo lah, ade unifi tapi tak dapat gune, rugi wohh. Tapi aku masih dapat melayari unifi dengan menggunakan cable LAN. Tapi susah lah kan wayar berwayar ni.
Setelah di godek-godek kat internet, akhirnye aku jumpe satu penyelesaian. Caranye:
1) Gunakan LAN cable untuk connect kan laptop anda dengan router @ modem unifi. Tak pun boleh juga gune laptop kawan ke musuh ke yang boleh connect dengan wireless unifi anda.
2) Masukkan address 192.168.0.1 ke dalam web browser & enter. Masukkan username:admin; password: biarkan kosong sahaja. Tekan Log In.


3) Klik pada Wireless Setup pada panel sebelah kiri.


4) Pergi ke section Manual Wireless Connection Options, dan klik pada Manual Wireless Connection Setup.


5) Pergi ke Wireless Network Global Settings, un-check kan pada kotak Enable Auto Channel Selection.

6) Tukarkan Wireless Channel ke 11. (Contoh di bawah)


7) Klik Save Settings kat bawah sekali. Siap!! Dah boleh gune unifi balik!! Kalau tak jadi, sila restart computer anda ye. 

ISO serta PEMAHAMAN

Hari ni aku nak bercerita pulak mengenai ISO. Kalau korang perhatikan dekat kamera DSLR korang tu, mesti korang akan nampak tulisan ISO kan. So, apa bendanya ISO tu ? ISO9001 tu ke? Bukan2! tu iso lain. Dalam term photography,
ISO atau ASA ( American Standard Assosiation ) adalah satu cara pengiraan untuk kelajuan film (kodak) dan juga tahap sensitiviti /kepekaan pada cahaya.
Jom sambung baca lagi...


Kalau kita flash back waktu zaman2 penggunaan kodak. Kalau korang perasan. Setiap kotak kodak tu ada tulis nombor2 macam 200, 400, 800 dan beberapa lagi. Nombor2 tu semua adalah nombor ISO. Kepekaan film tersebut terhadap cahaya. Tapi sekarang dah tak pakai kodak, Jadi yang detect kepekaan cahaya tu adalah Sensor.

Macam Mana Nak Guna ISO ?
(gambar dari sini)

Cuba korang tengok situasi kat atas, aku akan cuba terangkan macam mana korang boleh menggunakan iso ni dalam kehidupan seharian. hahah!
  1. More Light - tengok pada kawasan more light, kawasan tersebut sangat terang sebab pancaran matahari direct. So korang tak perlu menggunakan iso yang tinggi. ISO 100 dah cukup memadai
  2. Less Light - Lihat kawasan belakang pokok tu. Cahaya tak banyak kan sebab terlindung dari matahari. Pada kawasan tu, gambar akan menjadi gelap sikit. So, ISO 400 dah memadai. Tapi kalau masih gelap, boleh tinggikan sedikit ISO.
  3. Lower ISO - Itu antara kawasan yang ideal untuk shoot gambar portrait. Sebab apa? Sebab cahaya yang datang pada kawasan tu dah cukup cun. So tak perlu nak pakai ISO tinggi sangat. ISO 200 dah cukup best.
So korang pahamkan cara penggunaan ISO ni. Tak susah mana pon. Kesimpulannya macam ni guide line untuk gunakan ISO:
  • ISO 100 - Cahaya sangat terang - outdoor
  • ISO 200 - Cahaya terang - outdoor
  • ISO 400 - Cahaya kurang - indoor/outdoor
  • ISO 800 - Cahaya sangat kurang - indoor
  • ISO (1600-3200) - Malam atau tempat yang kurang cahaya
Noise

Noise ni bukan bunyi ok. Tapi grain ataupun butir2an kasar pada gambar. Korang perlu ingat setiap kali korang menggunakan ISO yang tinggi, noise akan semakin bertambah. Jadi untuk mengelakkan gambar dari banyak noise. Gunakan ISO yang tidak terlalu tinggi. Kalau gelap guna lah flash

Cuba korang tengok contoh gambar kat bawah, nascaya korang akan paham apa bendanya noise tu. hahah!

Rasanya itu jela yang dapat disampaikan hari ni. Harap korang boleh la faham apa itu ISO. Setakat in aku dah terangkan 3 perkara asas yang utama untuk penggun2 DSLR. Lepas ni korang boleh la explore pulak macam mana nak combine ke tiga2 setting ni ( Shutter speed, Aperture, ISO ). Kalau ada tersilap fakta sila la tegur ye. Aku ni bukan la perfect sangat pon. hihi.

Jenis-Jenis LENS DSLR

Salam semua reader, lama rasanya tak mencurahkan idea kat blog ni. Setiap kali nak update je mesti ada halangan yang datang. Haishh. Tapi hari ni, berjaya jugak aku update. Hari ni aku akan berkongsi serba sedikit ilmu berkaitan photography. Kalau dulu kita dah belajar mengenai ApertureISO dan jugaShutter Speed. Hari ni kita nak belajar mengenai lensa2 yang boleh diguna pakai pada DSLR.

Rasanya kita semua tahukan yang lens ni merupakan salah 1 aksesori utama dan terpenting untuk pengguna DSLR. Takde lens memang tak boleh nak tangkap gambar la kan. Kalau kita tengok kat pasaran sekarang. Ada bermacam2 jenis lensa ditawarkan dan setiap lensa mempunyai specialty nya masing2. Kalau dari segi harga pula, kita boleh jumpa dipasaran lensa yang harganya serendah RM300 sehinggalah ada yang mencecah Ratusan ribu ringgit. Gila mahalkan. Dah boleh beli kereta sebijik. Tapi hari ni kita taknak bincangkan pasal harga, tapi kita nak tengok apa kegunaan setiap jenis lensa ni...


KIT LENS


Kit lens (lensa standard) ini adalah lens yang selalunya akan disertakan sewaktu kita membeli DSLR. Selalunya lens ini dalam range (18-55mm) (18-70mm) (18-135mm) dan (18-200mm). Kualitinya tidak lah sehebat mana. Tetapi tak bermakna ianya tidak bagus kerana lens ini sesuai untuk digunakan dalam semua situasi tak kiralah aktiviti indoor ataupun outdoor. Jika korang just gunakan DSLR hanya sekadar suka2 maka kit lens ni dah cukup sempurna untuk korang menangkap gambar. Tak perlu nak beli lens mahal2

Kegunaan : Semua jenis situasi ( wedding, portrait, landscape, permandangan , street, dokumentari )
Range harga: Bermula dari RM800 dan ke atas

Contoh Gambar:


ULTRA WIDE ANGLE


Ultra wide angle selalunya digunakan untuk menangkap gambar dengan perspektif atau sudut yang lebih luas. Lens ini sangat sesuai untuk menangkap gambar pemandangan, architecture ( bangunan ) dan juga interior. Wide angle ni juga selalu digunakan dalam wedding photography kerana boleh mengkap perspektif yang lebih menarik dan imej yang lebih menonjol.

Kegunaan: Wedding photography, lanscape, architecture, interior, group photo.
Price Range: Bermula dari RM1500 dan ke atas

Contoh gambar:


FISH EYE LENS


Lens ni range dia lebih kurang dengan lens wide angle. Tapi yang membezakan lens ini ialah ianya dapat menghasilkan imej yang melengkung dan perspektif pemandangan belakang yang luas. Lens ini sesuai untuk creative shot kerana imejnya yang sangat unik.

Kegunaan: wedding photography, creative portrait, bangunan, landscape, aksi, kanak-kanak
Price Range: Bermula dari RM2000 dan ke atas

Contoh gambar:


PRIME LENS


Prime lens atau nama timangannya ialah fix lens. Kenapa fix? Kerana lens ini hanya mempunyai range yang tetap. Contohnya macam Canon 28mm f 1.8 . Lens ni tak boleh nak di zoom in atau pon zoom out. Walaupun rangenya fix, tetapi lens ini sangat sesuai digunakan untuk portrait shot. Lens ini juga sesuai digunakan jika korang inginkan efek bokeh ( blur ) yang hebat sebabnya lens ini mempunyai nilai aperture yang tinggi sehingga f 1.2.

Kegunaan: Portrait, Makanan, product.
Price range: Bermula dari RM290 dan keatas

Contoh gambar:


TELEPHOTO LENS


Telephoto ni selalunya digunakan untuk menangkap gambar objek yang jauh. Lens telephoto ni selalunya bermula dari range 135 sehingga 1000mm. Lens ni sangatlah besar dan berat kalau nk dibawa berjalan2. Sebab itu sekiranya korang ingin menggunakan lens telephoto ni seelok eloknya digunakan bersama monopod ataupun tripod. Lens ni juga sesuai digunakan untuk menangkap gambar portrait kerana mampu meng-compress background supaya gambar objek lebih menonjol.

Kegunaan: Sukan, Haiwan, wedding, portrait.
Price Range: dari RM2000 dan ke atas

Contoh gambar:
Photographer yang menggunakan lens telephoto


MACRO LENS

Macro lens ini merupakan lens yang boleh digunakan untuk menangkap gambar dalam jarak dekat ataupun close up. Mesti korang pernah nampakkan gambar2 serangga yang ditangkap pada jarak dekat. Lens ni la yang diorang gunakan. Korang memang tak boleh gunakan lens lain kalau nak tangkap gambar pada jarak dekat sebab lens takkan boleh fokus. Jika korang nak cari lens macro yang bagus, carilah lens yang boleh menghasilkan 1:1 reproduction ratio sebab lens ini mampu memfokus dengan lebih dekat lagi.

Kegunaan: Serangga, tumbuhan
Price Range: Dari Rm1200 dan ke atas (lens yang kualiti macronya bagus)

Contoh gambar:

Jadi itulah dia 6 jenis lens yang selalu photographer2 amature dan professional guna kat luar sana. Setiap jenis lens ni ada kelebihan dan kekurangan masing2. Tapi ada beberapa lagi jenis lens yang aku tak ulas sebab tak ramai yang pakai lens2 ni. Contohnya Tilt Shift Lens dan Lens Baby. Kalau korang nak tau pasal lens2 yang lain rajin2 la buat reseach ye. Jadi sebelum korang nak beli lens kamera tu, pilih la dengan sebaik mungkin mengikut apa yang korang nak tangkap. Takkan nak tangkap gambar pemandangan pon nak pakai macro lens kan. Tak berapa nak sesuai la pulak. haha. Nanti membazir je duit. Dah la harga lens ni beribu2.

SOULMATE CREATIVE PRODUCTION

Alhamdulillah, akhirnya benda ni menjadi kenyataan, langkah pertama kami meluaskan lagi apa yang kami ada dalam bidang ini, syukur sangat atas usaha kerja keras bersama, wujudnya production ini. Dengan re-branding dari SOULMATE PHOTOGRAPHY , SOULMATE CREATIVE PRODUCTION (SCP) di daftarkan untuk lebih umum dan bukan tertumpu pada photography. harap segalanya berjalan lancar. Insya'allah dengan izinnya .


Jom Singgah !! Tengok Gambar baru . . .

http://soulmate-photography.blogspot.com/


Awek LAWA tapi . . . .

Pernah tak anda alami perkara seperti? Masa tengah minum ternampak seorang awek ne berjalan melintas anda. Muka memang lawa, siap pakai tudung lagi. Mesti terdetik dalam hati kan ” Kalau dapat jadi pakwe dia ne beruntung aku”. Baru je nak usha, tiba-tiba dia tepon dia berbunyi. Sekali dia jawab macam ne, tak payah. Lupakan terus hasrat anda tu kalau tak nak cari bala nanti.
So, kepada lelaki sekalian, carilah perempuan yang cantik dalam, cantik luar dan cantik semuanya. Cantik bukan kat muka je, agama, peribadi pun kenalah cantik sekali. Baru bahagia. Jadi pakwe-pakwe di luar sana sila periksa stail awek korang bercakap di belakang.

Harimau Malaya VS Manchester City




Sekali lagi hari malaya kita di uji oleh gergasi eropah, kali ini dengan Manchester City. Sama2 kita nantikan kesudahan game malam esok, adakah kita mampu membenam juara EPL untuk seasons 2011/2012  yang mmg tidak dapat dipertikaikan lagi bahkan dalam EPL sendiri, apa2 pun, aku sebagai penyokong setia harimau malaya mendoakan yang terbaik, jika tewas sekali pon, belajar dari kesilapan dan mengambil peluang ini untuk pertingkatkan diri . GO ! GO ! GO




Jangan engkau kahwini wanita yang enam ,,


Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”.
1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.
5. Wanita Basaqah : ada 2 makna,
Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Malaysia lwn Arsenal || Asia Tour 2012 ||


Sekali lagi hari malaya kita di uji oleh gergasi eropah ini, Arsenal. Sama2 kita nantikan kesudahan game malam ni, adakah kita mampu membenam bakat muda arsne wenger yang mmg tidak dapat dipertikaikan lagi bahkan dalam EPL sendiri, apa2 pun, aku sebagai penyokong setia harimau malaya mendoakan yang terbaik, jika tewas sekali pon, belajar dari kesilapan dan mengambil peluang ini untuk pertingkatkan diri . GO ! GO ! GO

MK HOME COOK


Dalam bulan puasa ni, family aku ada buat busines kecil kecilan, mengambil tempahan kerepek pisang dan rempeyek, so korang yang mana nak order, call me okayh . kuih tart juga ada, sebalang/50biji RM25. 
jom2, support2 member2 berniaga . . =) 


ini design aku buat atas permintaan kakak, simple jek :)


Kerepek Pisang 500gm = RM10

Rempeyek 500gm = RM20

Kuih Tart 50bji = RM25

Sample ready, so sapa nak tester ?? 


Harapan Ramdhan


hai semua, selamat berada dalam hari ke 2 ramdhan untuk tahun ini, saja nak share MV ni, aku rasa, semua orang mesti akan tahu dan kenal dengan lagu ni, lagu ni sangat indah dan best. 

So bagi aku, tiap2 ramdhan, memang feel sangat-sangat2 layan lagu ni, bak kata user2 dalam youtube, walau 100 tahun akan datang, lagu ni tetap diingati . =) . jom kita sama layan . =) (y)

NEW MANCHESTER UNITED KIT 2012/2013 OFFICIAL .

KELEBIHAN SEMBAHYANG TARAWIH

5 Perkara Sebelum 5 Perkara

Kawan-kawan, Ingatlah 5 Perkara Sebelum Datang 5 Perkara:
1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati.
Penjelasan:
1. Sihat sebelum sakit – Lakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kepada diri anda dan orang-orang disekeliling anda semasa anda masih sihat.
2. Muda sebelum tua – Waktu anda muda inilah saatnya anda berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajiban anda kepada Maha Pencipta, kelak bila anda tua anda tidak lagi memikirkan hal duniawi.
3. Kaya sebelum miskin – Waktu anda kaya berharta itulah anda boleh menolong orang yang lebih susah daripada anda kerana sedekah yang ikhlas akan jadi bekalan anda menghadapNYA.
4. Lapang sebelum sempit – Waktu anda masih ada kelapangan inilah waktu yang paling sesuai mendalami ilmu agama untuk pedoman anda.
5. Hidup sebelum mati – Sesungguhnya sewaktu hidup semua 4 perkara di atas boleh anda lakukan. Bila anda telah tiada hanya amal soleh, sedekah jariah dan doa anak yang soleh yang mengiringi anda.
Pedoman untuk kita semua fikirkan bersama.

Coklat – Baik Atau Buruk Untuk Kesihatan

Coklat adalah makanan atau snek yang digemari ramai. Malah coklat sangat popular sebagai pemberian samada kepada kanak-kanak atau orang dewasa. Coklat boleh dikatakan universal kerana di mana-mana ada coklat.
Coklat sering dikategorikan sebagai makanan rapu atau junk food. Benarkah itu? Tahukah sebenarnya banyak faedah dari coklat ni.
FAEDAH COKLAT
- Coklat mengandungi antioksidan yang berperanan menghapuskan radikal bebas dalam tubuh
- Coklat menajamkan minda
- Coklat meningkatkan kadar endorfin yang menjadikan kita gembira
- Coklat mengandungi pelbagai vitamin dan mineral
- Coklat mengurangkan kesan PMS dengan peningkatan progesteron.
- Coklat mengandungi fenol yang dapat mengurangkan kepadatan lipoprotein(kolesterol LDL iaitu kolesterol tak baik)
Namun begitu, harus diingat coklat juga ada sisi buruknya. Ya, bila coklat diproses dan dijadikan bar coklat atau produk lain, ia dicampur dengan bahan2 lain dan kebanyakannya adalah GULA dan LEMAK dan inilah sebenarnya yang memberi kesan kepada kesihatan.
Saya sendiri pun pernah naik berkilo2 sebab amalan makan coklat. Kenapa?
COKLAT YANG TAK ELOK
- Coklat yang mengandungi benda2 lain seperti karamel, nougat dan sebagainga.
- Coklat murah!
- Coklat putih
- Coklat fondant
Limitkan pengambilan coklat2 di atas. Dark chocolate adalah jenis coklat yang baik kerana kurang kandungan gula.
Gula sebenarnya tidak baik untuk kesihatan bukan sebab risiko kencing manis tapi banyak sangat….. Salah satunya ia menyebabkan inflamasi yang menjadikan salur darah menyempit.
OK mari kita makan coklat secara bijak ;)
**mood Swiss chocolate**

Chow Kit



EXCHANGE LINK

Dikuasakan oleh Blogger.

OTHERS CONTACT LINK

CLICK AT LINK KAYH ! !

YM
triplesic_999

myspace

tagged

friendster

facebook


YAHOO MESSENGER




* triplesic_999@yahoo.com *

My Followers

COLLAGE

Halaman

Blog Archive

POPULAR POSTS

GILE - GILE

Hujan - Ke Selatan (2012)