Kenali Lensa-lensa Fotografi

Ultra Wide Angle Lens (UWA)

1. Ultra wide angle berguna untuk kawasan yang ruangnya terhad.
2. Kebiasanya Ultra Wide Lens adalah dari 14mm hingga 21mm sekiranya menngikut kiraan 35mm.
3. Salah satu sebab penggunaan ultra wide angle ialah untuk memanipulasikan perspektif, ia membesarkan segala yang dekat pada kamera dan mengecilkan segala yang jauh dari kamera. Herotan (distortion) ini boleh memberikan impak kepada penonton.
4. Didalam rumah , UWA boleh memberikan anda imej keseluruhan bilik tanpa herotan yang ekstrem. Bagaimanapun anda akan melihat hujung bilik mengecil dan lantai akan kelihatan mengherot.
5. UWA boleh digunakan untuk menambah perasaan jarak kejauhan pada penonton
6. UWA boleh digunakan untuk mencipta gambar potret karikatur.
7. UWA tidak berfungsi begitu baik dengan filter polarizer. Hasilnya adalah kesan yang tidak rata.
8. Elakkan menggunakan aperture yang paling kecil walaupun ia memberikan Depth of field yang paling besar kerana ia akan memberikan imej yang lembut (softer image)

Lensa Telefoto

1. Telefoto membenarkan anda merakam subjek yang berada jauh, dengan membesarkan segala pandangan di hadapan anda.
2. Telefoto adalah lensa yang lebih panjang dari standard lensa.
3. Telefoto akan memberikan kesan yang lebih baik untuk potret berbanding wide angle lens yang akan memberikan kesan herotan.
4. Lensa pada fokal length 80-150mm pada 35mm format dikategorikan sebagai lens yang ideal untuk potret.
5. Lensa telefoto akan mengkompres jarak antara elemen yang berjauhan didalam imej.
6. Telefoto boleh melembutkan latarbelakang dengan membiarkan latar berada dalam out of focus.
7. Telefoto boleh memberikan kesan herotan pada saiz dan menyebabkan kita tidak tau saiz sebenar subjek depan dan subjek belakang.
8. Telefoto boleh digunakan untuk mendapatkan permukaan dengan mengfokus kearah itu sahaja.
9. Apabila menggunakan lensa telefoto dengan tripod, mount pada lens menggunakan tripod collar. Ia akan memberikan keteguhan yang lebih baik.
10. Menggunakan Lensa telefoto pada APS-C sensor, anda akan mendapat telefoto yang lebih panjang. Sebagai contoh, 200mm pada d300 akan memberikan perspektif 350mm mengikut kiraan 35mm format.



0 comments:

Catat Ulasan

thanksz responded it !
see ya !

EXCHANGE LINK

Dikuasakan oleh Blogger.

OTHERS CONTACT LINK

CLICK AT LINK KAYH ! !

YM
triplesic_999

myspace

tagged

friendster

facebook


YAHOO MESSENGER




* triplesic_999@yahoo.com *

My Followers

COLLAGE

Halaman

Blog Archive

POPULAR POSTS

GILE - GILE

Hujan - Ke Selatan (2012)